Skop Kerja ‘Budak’ Pengajian Islam (Syariah)

Skop kerja ‘budak’ Pengajian Islam (Syariah) tidak hanya terhad kepada pendidikan sahaja.

Ada beberapa bidang lain yang boleh dimanfaatkan seperti kewangan, perundangan, pentadbiran, perniagaan dan lain-lain.

Skop Kerja 'Budak' Pengajian Islam (Syariah)

Tidak semestinya lepasan pengajian Islam menjadi guru agama. Mereka juga boleh menceburkan diri dalam industri kerana industri memerlukan mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Sebagai contoh industri perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Industri ini masih memerlukan lepasan pengajian Islam yang mampu bersama-sama memperjuangkan perkembangannya. Dengan kata lain, ia ialah jihad; jihad perbankan dan kewangan Islam.

Dr. Aznan Hasan pernah diajukan soalan oleh seorang klien Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd.:

“Bagaimanakah perkembangan pelajar yang akan meneruskan usaha Islamisasi dalam dunia kewangan?”

Beliau menjawab:

“Situasi yang berlaku agak membimbangkan kerana jumlah mereka tidak begitu ramai. Hal ini ditambah pula dengan realiti dunia kewangan Islam yang menuntut kemahiran dalam kedua-dua bidang iaitu shariah dan kewangan”.

Justeru itu, situasi ini merupakan satu peluang yang terselindung di sebalik masalah, iaitu peluang untuk menceburkan diri dalam industri perbankan dan kewangan Islam.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Apabila ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaAllah.

Hadi Rofiee

8 Comments

  1. salam..terima kasih atas skop kerjaya dlm bidang syariah yang dikongsi. kalau boleh, boleh x jelaskan lagi jenis peluang kerjaya yang boleh dipohon oleh graduan lepasan syariah ni?? terima kasih =)

    • Wa’alaykumussalam.
      Banyak.. antaranya perundangan, penulisan, terjemahan, pendidikan etc.

    • Teruskan dengan perniagaan. Nabi Muhammad pernah bergelar seorang ahli perniagaan sebelum baginda menjadi Rasul.

  2. assalamualaikum..sya pelajar lepasan spm so skrng tgh serabut nk pilih kos..ap..tpi sya mmg mnat kearah agama.n dah dpt twaran usas utk diploma..Pengajian islam..so nk tya la..ada masa depan tk kos ni n kerjaya ap yg sesuai dgn kos ni

    • Wa’alaykumussalam.
      Susah nak jawab, nasihat saya: jika minat, teruskan. Niat bulat kerana Allah. Tuntut ilmu sungguh2.
      Kerjaya nanti, bila dah sampai, ada rezeki inshaAllah. Kena bijak adapt to changes.

  3. asalamualaikum….jurusan pengajian islam boleh jadi guru tasawur dengan sejarah tk

    • Saya guru, dulu ambil DPLI selepas ijazah. Kalau kamu memang ambil sijil perguruan dalam bidang tersebut, memang ada peluang. Kalau tidak, selepas ijazah ambil lah diploma lepasan ijazah. Ikut lah apa yang awak memang nak buat. Akhir kata, selalu niat lillahita’ala, InsyaaAllah dimudahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.