≡ Menu
Hadi Rofiee

Soal Jawab Kewangan Islam 1 – Bayaran Insentif

q-and-ajpgSituasi:

Adam (bukan nama sebenar) menjual pakaian, katakan jersi bola sepak tempatan.

Bagi melariskan jualan, Adam menawarkan sejumlah bayaran insentif kepada Umar (bukan nama sebenar) jika dia berjaya mencari pelanggan.

Umar bersetuju.

Dipendekkan cerita, Umar berjaya mendapatkan seorang pelanggan. Nama pelanggan itu Zain (bukan nama sebenar). Zain berminat dan membeli satu helai jersi daripada Adam.

Atas usaha dan titik peluh Umar mencari pelanggan, Adam membayar bayaran insentif kepadanya.

Selang beberapa bulan, Zain hendak membeli satu helai jersi lagi. Dia terus berjumpa dengan Adam dan membeli daripadanya.

Soalan:

Dalam situasi di atas, adakah Umar boleh mendapat bayaran insentif?

Jawapan:

Tidak boleh kerana Umar tidak menyumbang apa-apa usaha dalam pembelian kedua itu.

Wallahua’lam.

Gambar: blogs.pb.com

0 comments… add one

Leave a Comment