Dialog Hafizi dan Ahmad Mengenai Pembiayaan Kenderaan

Soal Jawab Pembiayaan KenderaanHafizi (bukan nama sebenar) menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ahmad (bukan nama sebenar), bertanyakan soalan mengenai pembiayaan kenderaan.

Assalamu’alaikum Ahmad. Apa khabar? Mudah-mudahan sihat. Amin.
 
Ahmad, boleh saya tanya soalan?
 
Begini, saya hendak beli kereta. Saya sedang mencari-cari bank yang sesuai untuk saya mohon pinjaman. Kalau boleh, saya mahu bank yang patuh Syariah.
 
Boleh awak beri sedikit penjelasan kepada saya?
 
Terima kasih Ahmad, wassalam.

Mendapatkan Pembiayaan Kenderaan

Ahmad menjawab:

“Pertama sekali, awak boleh pilih mana-mana bank yang mengamalkan perbankan secara Islam. Contoh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Rakyat, Bank Al Rajhi dan lain-lain.”

“Jika awak keliru, awak boleh teliti pada nama produk kewangan. Biasanya produk yang ada tanda ‘i’ ialah produk patuh Syariah.”

“Meneliti ‘i’ ialah perkara pertama dan utama yang mesti diperhatikan oleh orang Islam.”

“Seterusnya, awak boleh bandingkan antara kesemua produk kewangan patuh syariah yang ada. Bandingkan dan dapatkan bank Islam yang memberi nilai tambah kepada awak.”

“Satu perkara lagi dalam hal ini, bank Islam mengguna pakai perkataan ‘pembiayaan’, bukan ‘pinjaman’. Contoh pembiayaan peribadi, kenderaan dan rumah. Dalam Bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan ialah ‘financing’.”

“Mudah-mudahan jawapan ringkas saya ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada awak.” Balas Ahmad mengakhiri jawapannya.

Foto: jimatcermat.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *