Syariah, Perbankan dan Kewangan Islam: Isu dan Solusi

Islamic FinanceDalam sesi konsultansi Dr. Aznan Hasan bersama seorang klien di Al Naqiy Islamic Solutions Sdn. Bhd., beliau diajukan beberapa soalan antaranya:

“Bagaimanakah perkembangan pelajar yang akan meneruskan ‘jihad’ dalam dunia kewangan Islam?”

Dr. Aznan Hasan yang merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjawab:

“situasi yang berlaku agak membimbangkan kerana jumlah mereka tidak begitu ramai. Hal ini ditambah pula dengan realiti dunia kewangan Islam yang menuntut kemahiran dalam kedua-dua bidang iaitu syariah dan perbankan & kewangan”.

Islamic-Finance

Kewangan Islam

Ilmu berkaitan kewangan Islam biasa disebut sebagai Fiqh Mu’amalat.

Fiqh Mu’amalat dapat didefinisikan sebagai:

“pengetahuan yang mendalam tentang hukum-hakam yang berkaitan dengan tukaran harta benda yang merangkumi tujuan, sebab dan sumber hukum tersebut serta hubungannya dengan tujuan syariah Islamiyyah. Hal ini bagi menjamin hukum yang diputuskan dapat disesuaikan dengan situasi semasa.”  – Dr. Muhammad Usman Syibir, al-Madkhal ila Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyyah, h. 12-13.

Teks asal berbunyi seperti berikut:

المعرفة العميقة للأحكام المتعلقة بتبادل الأموال التي تكشف عن مقاصد تلك الأحكام، وعللها ومآخذها، وتربطها بالمقاصد الشريعة الإسلامية، وذلك للتمكن من إنزال تلك الأحكام على الوقائع الجديدة.

Dalam ungkapan yang mudah, Fiqh Mu’amalat ialah ilmu berkaitan hukum-hukam syariat yang mengatur urusan manusia berkaitan harta.

Islamic Banking

Isu

Sepertimana soal jawab antara klien dan Dr. Aznan Hasan di atas,  perkembangan pelajar yang akan meneruskan ‘jihad’ dalam dunia kewangan Islam agak membimbangkan.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam buku Money, You & Islam menyebut:

“the scarcity of Syariah experts in the field of Fiqh Mu’amalat is deeply felt. This phenomenon does not only involve Malaysia, but also the entire world. Globally, there may be less than 30 Syariah scholars who are experts and skillful in this field.” – Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, p. 66.

Berdasarkan kebimbangan ini, beberapa solusi segera mesti digariskan.

Solusi

Antara solusi yang boleh dipraktikkan oleh para pelajar syariah, perbankan & kewangan Islam dan mereka yang meminati bidang mu’amalat ialah:

  1. memperkasa ilmu dalam bidang Fiqh Mu’amalat, Usul Fiqh dan Maqasid Syariah,
  2. menggabungkan (sinergi) ketiga-tiga bidang ilmu di atas dengan ilmu perbankan & kewangan Islam semasa,
  3. mengikuti Kelas Bersiri Kewangan & Perbankan Islam (PERCUMA).

Akhir Kata

Dengan bertindak berpandukan beberapa solusi di atas, perbankan Islam akan mampu berdaya saing.

Seterusnya impian untuk melihat perbankan Islam diamalkan sepenuhnya akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

(dialog soal jawab di awal artikel telah disunting sedikit, namun maksudnya masih sama)

Foto: IslamiCity.com, businessislamica.com & islamicbanking2u.blogspot.com.

5 Replies to “Syariah, Perbankan dan Kewangan Islam: Isu dan Solusi”

  1. Along

    Insyallah,sekarang ne dunia semakin melihat kebaikan sistem syariah didlam perbankan. Insyallah islam akan berkembang sebaiknya.

  2. zinnirah

    Salam ustaz..sy nak tnye adakah sy berpeluang melanjutkan pelajaran pd course islamic finance di uia..krna sy dip dlm bidang perakaunan…n apakah syrat2 nya….adakah sy ada chance utk dpt skiraya mmbuat rayuan…terima kasih

    • Hadi Rofiee

      Wa’alaikumussalam. Saya tidak mempunyai maklumat mengenai hal ini. Mungkin cik puan boleh terus bertanya pihak UIA. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Insya-Allah. Saya doakan mudah-mudahan Allah membantu urusan cik puan. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *