jual beli dan riba

Adakah Sama Jual Beli dan Riba?

Adakah Sama Jual Beli dan Riba?Soalan celik kewangan Islam:

Adakah sama jual beli dan riba?

Menjawab soalan ini, mari bersama membaca maksud ayat al-Quran berikut:

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (al-Baqarah, 275)

Jelas jawapan yang terkandung dalam ayat di atas ialah jual beli dan riba tidak sama. Bahkan kedua-duanya berbeza sama sekali.Read More »Adakah Sama Jual Beli dan Riba?