Takaful, Jangan Terlepas Pandang

PayungTakafulDalam hidup dan setiap aktiviti, ada risiko.

Risiko mempunyai kaitan dengan musibah.

Musibah ialah satu bentuk ujian daripada Allah kepada hambaNya.

Musibah yang melanda juga menandakan bahawa hidup masih berjalan. Syukur.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 155-156 yang bermaksud:

155. “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

156. “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Namun sebagai manusia, kita boleh berusaha menghadapinya dengan efektif dan penuh persediaan.

Soalnya, bagaimana?

Bagaimana Mengurus RISIKO Kewangan

Suzardi Maulan (Pak Di) menyebut bahawa antara langkah mengurus kewangan secara bijak dan sistematik ialah pandai mengurus RISIKO kewangan.

Kata kunci pertama: URUS RISIKO

Contohnya seperti mengambil polisi TAKAFUL, selain daripada reda dan berlapang dada.

Kata kunci kedua: TAKAFUL

Apa itu Takaful

Mengambil polisi takaful merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Takaful dapat diibaratkan seperti ‘span’ atau ‘payung’ yang berfungsi mengurangkan impak jika ditimpa musibah.

Takaful penting. Namun ada lagi yang lebih penting iaitu ilmu. Hidup akan bermakna jika diri dihiasi dengan ilmu pengurusan kewangan secara patuh syariah.

Berbalik kepada takaful.

Takaful ialah:

“pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.” – insuranceinfo.com.my

PayungTakaful2

Takaful, Jangan Terlepas Pandang

Takaful ialah pelan perlindungan. Jangan terlepas pandang takaful dan menganggap ia sebagai instrumen pelaburan.

Takaful ialah pelan perlindungan berasaskan prinsip syariah. Jangan terlepas pandang takaful dan mengabaikannya sehingga mengambil polisi insurans. Insurans dan takaful tidak sama. Takaful patuh syariah.

Menyertai takaful bertujuan untuk saling membantu antara satu sama lain, jika salah seorang peserta ditimpa musibah. Jangan terlepas pandang takaful dan menyertainya semata-mata untuk memperoleh untung.

Menyertai takaful merupakan satu usaha untuk meminimumkan risiko apabila dilanda musibah. Jangan terlepas pandang dan menganggap takaful segala-segalanya. Takaful ialah satu bentuk usaha. Allah segala-galanya.

Takaful, jangan terlepas pandang.

Foto: google.

0 comments… add one

Leave a Comment