≡ Menu

Tali Leher Sutera

SOALAN: Apakah hukum kakitangan lelaki memakai tali leher yang bercampur dengan sutera?

Lelaki tidak boleh memakai sutera. Rasulullah memberi amaran sesiapa (lelaki) yang memakai sutera di dunia, dia tidak akan memakainya di akhirat. Sabda Nabi: “Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.” (Hadis riwayat Al-Nasa’i dan Ahmad).

Namun hukumnya boleh menjadi harus dalam keadaan tertentu. Menurut fatwa Syeikh Ibnu Uthaimin, lelaki harus memakai sutera jika sutera adalah sekadar empat jari atau jika sutera bercampur dengan jenis kain lain yang mana kuantiti kain lain itu lebih banyak. Ini berdasarkan hadis-hadis Nabi sepertimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bab Pakaian.

Terdapat juga keringinan memakai sutera apabila ada keperluan kesihatan. Rasulullah pernah mengizinkan Abdul Rahman Bin ‘Auf dan Al-Zubair Bin Awwam memakai sutera kerana masalah kesihatan.

Gambar: Amazon.com

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment

Previous post: