≡ Menu
Hadi Rofiee

Tanda-Tanda Skim Pelaburan Cepat Kaya

Tuan Suzardi Maulan (Pak Di) menulis dalam laman sosial muka buku beliau:

Sejak kebelakangan ini saya sering menerima persoalan tentang satu skim pelaburan. Saya tidak mahu sebut nama skim tersebut. Namun berikut adalah tanda-tanda skim pelaburan itu adalah skim cepat kaya dan catatan berkaitan:

1. Penganjur yakin menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Warren Buffett pun hanya berani mensasarkan pulangan 15% setahun. Itu pun dia tidak berani kata mesti boleh dapat.

2. Penganjur meminta peserta mengajak orang baru untuk masuk skim tersebut. Tanpa orang baru, skim tersebut pasti ‘bungkus’ kerana duit peleburan yang kita buat bukan untuk dilaburkan, tetapi untuk dibayar kepada peserta dan penganjur mengatakan itulah untung pelaburan dalam aset tertentu.

Katakan Tidak kepada Skim Cepat Kaya

3. Untuk mengelakkan dari disiasat dalam negara, penganjur akan mengatakan ini adalah offshore investment. Beralamat di kepulauan yang kita tidak pernah dengar, no. telefon compliance officer / investor relations pun tiada. Siapa CEOnya? Siapa CIOnya? Siapa Chairman Board of Directornya ?

4. Kawan yang ajak kita masuk tidak boleh hendak terang apa sebenarnya pelaburan itu. Dia hanya tahu tunjuk duit masuk sahaja. Tidak faham, tapi hati sudah tertawan dengan duit masuk.

5. Tidak ada sijil pematuhan Shariah (Shariah compliant) untuk memastikan ia adalah pelaburan yang halal.

6. Apabila hati sudah tertawan, mula-mula masuk dengan jumlah yang sedikit, bila tengok payment dibuat maka mula berani masuk dengan jumlah yang lebih besar. Ada yang lebih berani apabila mula gadai tanah, refinance rumah. Seterusnya, untung jadi introducer / penaja lebih banyak, justeru perlu ajak kawan-kawan dan saudara mara.

7. Tahniah kepada tuan yang telah buat due diligence dan mengatakan tidak kepada pelaburan sebegini walaupun kawan-kawan / saudara tunjuk cek dan akaun bank untuk menggoda.

* penulis melakukan sedikit suntingan tanpa mengubah maksud ayat.

Gambar: saifulsham.com

0 comments… add one

Leave a Comment