≡ Menu
Hadi Rofiee

Tanda Tanya dalam Perbankan Islam

Riba Symposium 2014 – Ujian 1: Ekstremis“Siapa yang telefon sebentar tadi?” saya bertanya kepada cik Ana selepas dia meletak telefon.

“Kawan kamulah.”

“Eh siapa?”

“Kawan di laman sosial muka buku itu.”

“Oh..dia kawan kepada kawan saya.”

“Kenapa dia telefon? Seolah-olah ada hal penting sahaja” saya meminta penjelasan lanjut apabila mendengar perbualan mereka sebentar tadi seperti sedikit ‘panas’.

Tanda Tanya?

“Dia meminta satu slot sekitar 45 minit untuk bercakap dalam Riba Symposium 2014.”

“Hah!” saya terkejut.

Umar dan Nurul yang sedang asyik dengan kerja mereka mula memberikan perhatian.

“Kenapa dia hendak cakap dalam Riba Symposium 2014?” Nurul bertanya.

“Dia hendak cakap mengenai riba, wang kertas dan perbankan Islam. Dia tidak boleh terima penggunaan wang kertas. Kata dia, wang kertas haram dan perbankan Islam yang sedang beroperasi sekarang terlibat dengan riba. Perbankan Islam dan konvensional sama sahaja. Dia juga mempersoalkan mengapa umat Islam tidak mengguna pakai dinar atau dirham.” terang Ana penuh bersemangat.

“Saya beritahu dia, program Riba Symposium 2014 ada sediakan sesi soal jawab bersama ahli panel. Dalam sesi itu, para peserta boleh bertanya sebarang soalan. Tetapi dia tetap bertegas mahu slot untuk bercakap juga” tambah Ana.

Tiba-tiba sahaja suasana dalam pejabat menjadi gamat seperti Dewan Rakyat. Masing-masing memberi pandangan; Umar, Nurul, Ana dan saya.

Perbincangan kami berkisar pada satu titik iaitu: apa pandangan Islam mengenai emas, perak dan wang kertas serta benarkah perbankan Islam sekarang mengamalkan riba?

BENARKAH PERBANKAN ISLAM TANPA RIBA?

‘Benarkah perbankan Islam tanpa riba?’ adalah salah satu topik yang akan dikupas dalam program Riba Symposium 2014.

Saya sendiri teruja hendak mendengar pengisian topik itu. Mudah-mudahan ia akan merungkai persoalan utama di atas dengan lebih jelas. Insya-Allah.

Akhir sekali, kami terima panggilan telefon itu dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Allah merahmati semua, amin.

Gambar: google image.

0 comments… add one

Leave a Comment