Teknik Halal Mengaut Keuntungan Melalui Berhutang

Teknik ini memerlukan persefahaman kedua-dua belah pihak; pemiutang (orang yang memberikan hutang) dan penghutang (orang yang berhutang). Hasilnya, kedua-dua bakal meraih keuntungan.

Teknik 1

Situasi: Penghutang menghadapi kesukaran membayar hutang.

Solusi: Pemiutang memberikan tempoh. Atau jika mampu, sedekahkan hutang itu. Maka ini adalah lebih baik. Untung!

Teknik 2

Situasi: Ketika membayar hutang, penghutang membayar lebih sebagai tanda terima kasih.

Solusi: Pemiutang boleh menerima lebihan itu. Untung!

Nota: Dengan syarat lebihan itu tidak dinyatakan di awal kontrak ketika berhutang. Kerana jika tidak, ia terjerumus ke dalam kategori riba.

Mari hayati ayat al-Quran dan hadis di bawah:

Allah berfirman:

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Terjemahan: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).” [Surah al-Baqarah 2:280]

Sementara dalam satu hadis,

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم وَهْوَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ‏صَلِّ رَكْعَتَيْنِ”.‏ وَكَانَ لِي عَلَيْهِ دَيْنٌ فَقَضَانِي وَزَادَنِي‏.‏

Mafhum: “Jabir Ibn Abdullah pergi bertemu Nabi yang ketika itu sedang berada di dalam masjid. Baginda menyuruh Jabir mendirikan solat dua rakaat, dan selepas itu Baginda membayar hutangnya dengan memberikan tambahan. [Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no. 2394]

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *