Tentang
Salam perkenalan.
Boleh pangggil dengan nama: Hadi.
Di dunia blog dan internet, kebiasaannya panggilan Hadi Rofiee digunakan. Hal ini kerana panggilan Hadi itu terlalu umum. Bukankah lebih spesifik lebih bagus. Bagi sesiapa yang terasa sukar untuk menyebutnya, di sini ada 1 tips mudah iaitu fokus pada “Hadi Rofi”, kemudian tambah “ee” di hujungnya. Hasilnya: Hadi Rofiee.
Berumur dalam lingkungan 20-30 tahun. Berasal dari Kedah dan kini sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana lanjutan di Universiti Malaya. Doakan kejayaan bersama.
Minat membaca khususnya bahan yang berkaitan dengan keagamaan, keusahawanan, perniagaan, kewangan dan motivasi. Kedai buku adalah syurga dan buku adalah teman wanita.
Menulis blog kerana mahu mengasah kemahiran menulis dan berkongsi inspirasi kejayaan bersama. Bercita-cita besar untuk menjadi ahli perniagaan, penulis buku dan pensyarah sambilan. Dalam masa yang sama, menulis blog.
Akhir sekali, didoakan semoga hari ini lebih baik daripada kelmarin. Amin.