The Real Deal, The Real Investment

The Fiqh of Financial Transactions“Kamu semua tidak mahu pergi program The Real Deal, 18 dan 19 Januari ini?” bos bertanya.

“Program apa?” kami bertanya kembali.

“Seminar The Real Deal, The Fiqh of Transactions.”

“Hmm…seminar mengenai apa?” saya meminta penjelasan lanjut.

“Seminar mengenai kewangan Islam, ia akan mengupas topik-topik seperti jual beli dalam Islam, riba dan lain-lain.”

“Seminar ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris?” Ahmed pula bertanya.

“Ya.”

Kami terkejut dan sedikit bimbang kerana penguasaan Bahasa Inggeris kami masih belum berada di tahap yang memuaskan.

Bos yang menyedari tindak balas kami berkata: “apabila kamu menghadiri seminar ini, kamu boleh belajar bagaimana gaya seorang penceramah menyampaikan ucapan mengenai kewangan Islam. Belajar bagaimana beliau mengulas topik dan berinteraksi dengan para peserta.”

Bos cuba mengalih perhatian kepada manfaat yang bakal diperolehi bagi sesiapa yang menghadiri seminar ini.

“Kamu boleh rujuk laman sesawang Al Kauthar Institute dan lihat di bahagian negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut” ujar kakak bos pula.Logo AlKauthar Institute

Saya terus melayari laman sesawang tersebut dan melihat topik-topik yang akan dikupas. Topik-topik tersebut meliputi:

  1. The Fiqh of business transactions
  2. Transactions and their classifications
  3. Forbidden contracts and their understanding
  4. The correct understanding and application of Riba (Usury)
  5. Understanding Heylah (Legal trickery) and how to detect it
  6. Understand how the element of uncertainty may affect the validity of a transaction
  7. Principles of Halal investment
  8. Manners of a Muslim businessman/business women
  9. Comparisons between western and Shariah commercial law
  10. Discussions of the ten most popular modern business transaction – everything from:
  • Credit cards, roadside assistance, pyramid schemes, ebay, unlimited downloads,
  • Deposit lay-bys, cash-back policies, modern Islamic mortgages and investments in bonds,
  • Stocks and metals, laws on business and intellectual property, franchising.
  • Discussion of sample contracts from Islamic financial institutions
  • A preliminary study of how to islamise large scale economic policies and ensure smooth transition to a riba-free economy

The Real Deal, The Real InvestmentWow…menarik! Jiwa saya meronta-ronta mahu pergi.

Namun apabila melihat kepada yuran yang dikenakan, saya menghela nafas panjang. “Oh mahalnya.”

“Tetapi seminar ini 2 hari. Pengisian pula menarik. Rasa rugi jika tidak pergi. Hmm…”

Saya cuba memujuk diri.

Teringat satu kata-kata yang pernah saya baca:

Jika anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!

Walau bagaimanapun, saya mahu mendaftar dahulu. Yuran saya bayar kemudian.

Saya membuat keputusan akhir. Muktamad!

Pergi atau tidak? Jawapan ada dalam artikel seterusnya. 🙂

Kredit Gambar: AlKauthar Institute & knowledge.wharton.upenn.edu

1 comment… add one

Leave a Comment