‘Ujian’ dan ‘Iman’ dalam Industri Kewangan Islam

Kelas Bersiri Perbankan & Kewangan Islam

Pagi tadi (19 Oktober 2013, 9.30 pagi), peperiksaan akhir untuk kelas terakhir kelas bersiri perbankan dan kewangan Islam siri ke-3 berjalan dengan lancar.

Soalan peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian; objektif dan subjektif. Para pelajar dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian.

Soalan yang diajukan berkisar tentang amalan kewangan dan perbankan Islam di Malaysia seperti:

  • akta apa dan pihak mana yang bertanggungjawab mengawal selia industri kewangan Islam
  • kontrak-kontrak syariah yang diaplikasi
  • elemen haram dalam kewangan Islam
  • dan lain-lain.

Dalam masa kurang 2 jam, para pelajar berjaya menyiapkan semua soalan.

Alhamdulillah, syukur.

Mudah-mudahan ‘ujian’ ini menambahkan lagi ‘iman’ para pelajar untuk terus berjuang dalam industri perbankan & kewangan Islam.

Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *