Ujian Kesenangan dan Kemewahan

Dalam hidup, ujian boleh datang dalam pelbagai cara. Selain ujian berbentuk musibah, ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan. Ia boleh dilihat dari beberapa sudut:

  1. Sumber kekayaan yang diperolehi. Di sini Allah menguji hambaNya, sama ada dalam mengejar sedikit habuan duniawi, adakah mereka sanggup untuk mengenepikan syariat yang telah Allah tetapkan.
  2. Bagaimana nikmat kekayaan disyukuri. Adakah harta kekayaan yang diperolehi digunakan ke arah kebajikan atau sebaliknya.
  3. Menjadi hamba kepada harta. Contohnya jiwa terasa sangat berat apabila hendak mengeluarkan zakat, mengerjakan haji atau berinfaq di jalan Allah.
  4. Salah sangka bahawa nikmat harta di dunia adalah berkekalan. Walhal, nikmat syurga adalah yang kekal abadi.

Wallahua’lam.

0 comments… add one

Leave a Comment