Urus Harta Pusaka dengan Hibah

Ada banyak cara mengurus harta pusaka seperti: faraid, wasiat, amanah, hibah, wakaf dan sedekah.

Hibah, antara yang popular. Ada hibah mutlak dan hibah bersyarat. Hibah bersyarat pula ada jenisnya iaitu hibah ‘umra dan hibah ruqba.

Hibah ‘Umra

Hibah ‘umra. Gambarannya seperti:

Aku beri kamu diami rumah ini sepanjang hidup kamu.

Adakah dibolehkan?

Terdapat Hadis Nabi dan pendapat ulama berkaitan isu ini. Ringkasnya:

  1. hibah sah, syarat terbatal. Maksudnya, aset hibah menjadi milik penerima.
  2. hibah & syarat adalah harus. Aset masih milik pemberi. Penerima hanya mengambil manfaat sepanjang hidupnya sahaja.
  3. jika ada syarat aset akan menjadi milik penerima, maka ia menjadi milik penerima. Jika tak ada, aset akan dikembalikan kepada pemberi.

Hibah Ruqba

Contoh hibah ruqba:

Ambillah rumah ini selepas aku mati nanti.

Contoh semasa: meletakkan penama dalam praktis hibah takaful.

Juga ada perbahasan ulama. Ringkasnya:

  1. hibah sah, syarat terbatal. Jadi, selepas penerima menyempurnakan akad, aset akan terus menjadi hak miliknya.
  2. kontrak hibah ruqba tidak sah.

Bagaimana jika penerima mati dahulu? Tidak berlakulah hibah. Aset masih milik pemberi. Dia bebas memberi kepada orang lain pula.

Terfikir, bolehkah hybrid antara ‘umra & ruqba? Ini perlukan perbincangan lanjut.

Wallahua’lam.

Hadi Rofiee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.