Urus Wang Secara Bijak dan Patuh Syariah (Halal)

Urus Wang Secara Bijak dan Patuh Syariah (Halal)Manakah yang lebih penting:

  1. urus wang secara patuh Syariah (halal)
  2. urus wang secara bijak

Sudah pasti, yang tepat ialah jawapan yang pertama.

Namun begitu dalam pengurusan kewangan secara Islam, kedua-duanya iaitu ‘halal’ dan ‘bijak’ saling memerlukan.

Mengurus wang secara patuh Syariah tidak lengkap jika tidak bijak kewangan.

Begitu juga, bijak mengurus wang tidak berguna sama sekali jika tidak patuh Syariah.

Mengurus wang secara patuh Syariah adalah dengan cara mengikut segala panduan yang digariskan oleh syariat. Contoh seperti meninggalkan riba.

Sementara mengurus wang secara bijak adalah dengan cara mengambil perhatian saranan atau cadangan yang dikemukakan oleh pakar kewangan semasa. Contoh seperti membeli kereta atau rumah mengikut kemampuan, bukan menurut hasutan nafsu hutang semata-mata.

Justeru, yang terbaik ialah orang yang:

  1. mengurus kewangan secara bijak
  2. menitikberatkan aspek patuh Syariah.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman dalam surah al-Qasas, ayat 26:

Urus Wang Secara Bijak dan Patuh Syariah (Halal)

Maksudnya:

Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang KUAT, lagi AMANAH“.

Mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala merahmati semua. Amin.

Foto: star-apic.co.uk.

0 comments… add one

Leave a Comment