≡ Menu

Waspada Jual Beli Emas Tangguh

Dalam Islam, jual beli emas mempunyai peraturan yang khusus. Emas adalah antara item ribawi yang memerlukan syarat urus niaga yang khas untuk mengelakkan berlakunya riba.

Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam bersabda:

Hadis Waspada Jual Beli Emas Tangguh

– Hadis riwayat Imam Muslim, 1587.

Berdasarkan hadis di atas, ada 2 syarat khas yang mesti dipenuhi apabila hendak melakukan urusan jual beli emas. 2 syarat khas itu adalah:

  1. urusan dilakukan dalam 1 majlis akad
  2. urusan dilakukan secara serta merta (on the spot)

Waspada Jual Beli emas Tangguh

WASPADA JUAL BELI EMAS TANGGUH

Dalam majalah al-Ustaz volume 03 No. 27, artikel bertajuk Waspada Jual Beli Emas Tangguh berusaha merungkai kemusykilan mengenai pembelian emas secara tangguh atau DELAY.

Kemusykilan itu boleh diperhatikan dalam situasi berikut: pembeli akan membayar duit kepada wakil syarikat untuk membeli emas daripada pengilang. Dalam masa 3 bulan, emas tersebut akan diberikan kepada pembeli. Pembeli pula diberi diskaun sebanyak RM8 sebagai diskaun kerana kelewatan memperoleh emas. Selepas 3 bulan, pembeli boleh membuat pilihan sama ada ingin meneruskan penangguhan (delay), mengambil kembali modal atau menerima emas.

Artikel Waspada Jual Beli Emas Tangguh menjawab persoalan di atas berasaskan hadis Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam, pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) melalui majalah Ringgit keluaran September 2012 dan logik akal.

Alhamdulillah, mudah-mudahan para pembaca termasuk diri saya sendiri mendapat manfaat.

Majalah al-Ustaz volume 03 No. 27

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment