Khutbah Jumaat hari ini sempoi, santai dan padat.
Khatib menerangkan maksud taqwa dengan cara yang berbeza. Beliau mengaitkan taqwa dengan kisah pengembala kambing yang jujur.
Pengembala kambing tidak mahu menjual kambing. Kerana katanya walaupun tuannya tidak tahu, namun Tuan kepada tuan maha mengetahui. Tegas Khatib, itulah taqwa!
Seterusnya Khatib menyebut: kita boleh “التكاثر”, tetapi jangan “ألهاكم”. (Surah at-Takathur, ayat 1).
Maksudnya, tidak salah berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh), tetapi jangan sampai semua itu melalaikan.
Leave a Reply