Ar-Rahnu Tawarruq

Sebelum Ar-Rahnu Tawarruq diperkenalkan, Ar-Rahnu yang ditawarkan dalam pasaran dilihat kurang menepati piawaian Syariah kerana mengamalkan konsep pinjaman yang ada keuntungan.

Bagi mencari jalan penyelesaian, beberapa institusi telah mula memperkenalkan Ar-Rahnu Tawarruq. Untung diambil secara langsung daripada margin dalam transaksi tawarruq. Upah simpan tidak lagi relevan dalam konteks ini.

Ar-Rahnu Tawarruq

Dalam Ar-Rahnu Tawarruq, pelanggan ditawarkan pembiayaan jangka pendek (short term financing) berasaskan konsep tawarruq. Pelanggan akan mencagarkan emas sebagai aset gadaian bagi kemudahan pembiayaan yang diberikan.

Contoh jika pelanggan mempunyai emas bernilai RM10,000 dan dia memerlukan wang RM7,000.

Institusi akan memberikan kemudahan pembiayaan kewangan sebanyak RM7,000 (perhatian: sila ambil maklum tentang kadar keuntungan dan caj berkenaan). Pelanggan pula akan mencagar emas berharga RM10,000 itu sebagai aset gadaian.

Pelanggan bertanggungjawab melunaskan bayaran balik kemudahan pembiayaan dan keuntungan pada masa yang ditetapkan seperti yang dipersetujui.

Institusi pula bertanggungjawab ke atas aset gadaian di bawah simpanan mereka dan akan memulangkan aset gadaian tersebut kepada pelanggan setelah pembayaran penuh kemudahan dibuat.

Itulah secara ringkas Ar-Rahnu Tawarruq.

Wallahua’lam.