Artikel ini sekadar perkongsian bagaimana saya memilih takaful.

Penafian; saya bukan perancang kewangan, bukan juga ejen takaful. Perkongsian di sini hanyalah pengalaman peribadi.

Saya terus kepada soalan yang sering diajukan, bahkan oleh saya sendiri ketika mencari-cari takaful.

Takaful Apakah Yang Terbaik?

Secara jujur, tiada takaful yang terbaik. Namun yang ada adalah takaful yang sesuai.

Takaful apakah yang sesuai?

Ia bergantung kepada umur, keperluan dan peruntukan kewangan masing-masing.

Jika anda masih muda dan mempunyai cashflow yang stabil, anda mungkin hendak mempertimbang untuk mempunyai takaful. Kerana lebih awal anda ambil, lebih murah. Anda juga mungkin hendak memikirkan takaful apa yang perlu diambil.

Life Takaful

Bagi saya, utamakan life takaful. Ejen takaful juga biasa menyebut dengan hibah takaful.

Saya lebih suka jika lebih perhatian diberikan kepada takaful ini.

Sebagai contoh, takaful akan diberikan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Bahkan sekarang, banyak yang menawarkan takaful berganda apabila berlaku kematian disebabkan kemalangan tertentu.

Ada yang menawarkan kenaikan perlindungan pada setiap beberapa tahun tertentu. Contoh pada setiap xx tahun, perlindungan akan ditingkatkan sebanyak xx% sehingga ke satu paras yang ditetapkan. Caruman pula tidak naik (kecuali jika berlaku repricing – perubahan harga).

Wow! Ini sudah lebih!

Personal Accident (PA)

Bahkan sekarang, banyak yang menawarkan takaful berganda apabila berlaku kematian disebabkan kemalangan tertentu.

Dengan tawaran berganda ini, secara automatik anda telah mengambil perlindungan untuk kemalangan peribadi. Namun tidak salah jika anda mahu melanggan takaful lain untuk Personal Accident (PA).

Critical Illness

Lebih baik juga jika takaful disertakan dengan perlindungan untuk penyakit kritikal/critical illness (CI).

Isteri saya diuji dengan penyakit kritikal. Mempunyai wang tunai pada waktu ini sedikit sebanyak dapat membantu kami memenuhi keperluan yang mendesak.

Berbeza dengan medical card, perlindungan critical illness memberikan kita wang tunai. Medical card pula membantu meringankan kos rawatan di hospital.

Medical Card

Ini popular. Ramai akan bertanya, medical card apa yang paling best?

Tiada yang terbaik, yang ada adalah medical card apa yang sesuai untuk kita.

Saya lebih suka memberikan perhatian kepada had tahunan. Lebih tinggi, lebih bagus. Fokus kepada had tahunan berbanding had seumur hidup.

Apabila diuji dengan sakit, kita mahu mendapatkan rawatan secepat yang mungkin, tanpa terikat dengan had tahunan. Tiada guna apabila tiada had seumur hidup, tetapi kita terikat dengan had tahunan.

Sekali lagi, saya bercakap melalui pengalaman peribadi.

Jika mahu, boleh sertakan (attach) dengan beberapa perlindungan lain. Sebagai contoh, bayaran tunai harian apabila dimasukkan ke hospital (hospital benefit) dan pengecualian sumbangan (waiver).

Akhir Kata

Apabila kita membeli takaful, kita sebenarnya ‘membeli’ ejen.

Kita mahu berurusan dengan ejen yang senang untuk kita berurusan. Kita tidak mahu berurusan dengan ejen yang tidak jujur.

Ambil tahu juga tentang Tertib Urus Duit sebelum mengambil takaful.

Wallahua’lam.