Darurah & Hajah dalam Kewangan Islam

Rumah – Darurah atau Hajah?

Darurah

Darurah, darurat atau necessity boleh diertikan sebagai keadaan yang mendesak atau musibah yang tidak dapat dielak (Mu‘jam al-Ta‘rifat).

Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, ada beberapa definisi darurat, antaranya kesukaran yang timbul dengan tidak disangka-sangka, seperti bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain (Darurat – DBP).

Contoh yang biasa diberikan, seseorang yang kebuluran boleh memakan makanan yang diharamkan (seperti khinzir) jika itu dapat menyelamatkan diri daripada mati kebuluran.

Artikel ini tidak bermaksud untuk membincangkan secara terperinci di sini. Namun sebahagian ulama meletakkan kepentingan mendahulukan agama paling utama. Sementara sebahagian yang lain tidak mengaitkan dengan ancaman nyawa semata-mata.

Hajah

Berbeza dengan darurah, hajah pula adalah keperluan yang tidak mendesak dan tidak memberi ancaman kepada kehidupan.

Darurah & Hajah dalam Kewangan Islam

Adakah memiliki rumah satu bentuk darurah atau hajah?

Use of Darurah in IBF oleh Abdul Karim Abdullah menyatakan bahawa memiliki rumah bukan keperluan yang mendesak (darurah).

Apa yang mendesak adalah memiliki tempat tinggal dan kediaman yang sesuai. Ini juga dapat dicapai dengan menyewa kerana tidak semua kediaman untuk disewa rendah kualiti.

Jika seseorang mendapatkan pinjaman dengan faedah (interest based loan) untuk membeli rumah dengan alasan darurah, alasan ini tidak dapat diterima.

Antara sebab lain adalah kerana masih terdapat bank-bank yang menawarkan pembiayaan rumah patuh Syariah dengan harga yang kompetitif.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *