Intraday, Patuh Shariah Atau Tidak?

Konteks artikel ini adalah untuk jual beli saham.

Intraday maksudnya berlaku dalam sehari.

Contoh mudah begini, seorang membeli saham pada pukul 9.30 pagi. Kemudian katakanlah pada pukul 11 pagi, harga saham tersebut naik. Pembeli tadi akan terus jual. ‘Day trader’ atau ‘intraday trader’ ini (jika boleh dinamakan demikian) akan melepaskan semua pegangan (jual) apabila pasaran tutup.

Ini definisi intraday menurut Investopedia:

Intraday means “within the day.” In the financial world, the term is shorthand used to describe securities that trade on the markets during regular business hours. These securities include stocks and exchange-traded funds (ETFs). Intraday also signifies the highs and lows that the asset crossed throughout the day. Intraday price movements are particularly significant to short-term or day traders looking to make multiple trades over the course of a single trading session. These busy traders will settle all their positions when the market closes.

Hukum Intraday

Perbincangan ini mengundang banyak perbezaan pendapat.

1) Tidak Boleh

Ada yang mengatakannya tidak boleh kerana wujud unsur spekulasi dan hampir kepada perjudian. Khususnya apabila pembelian bersandarkan kepada pergerakan carta saham semata-mata.

2) Tawaqquf

Ada yang mengambil pendekatan tawaqquf.

Apa itu tawaqquf?

Tawaqquf disimpulkan sebagai: ‘’Berdiam diri dari memberikan pandangan hukum dalam sesuatu permasalahan disebabkan tidak terdapatnya dalil yang jelas atau berlakunya percanggahan pada zahir antara beberapa dalil terhadap perkara tersebut’’.

3) Harus

Sementara pendapat ketiga mengatakannya harus atas beberapa hujah, antaranya:

  • Tidak ada tempoh minimum yang diletakkan oleh Syariah untuk pegangan saham;
  • Tidak ada dalil khusus. Hukum asas dalam urusan muamalat adalah harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang menyatakan sebaliknya; dan
  • Pembeli menanggung risiko harga yang mungkin naik dan mungkin turun. Dia juga bersedia dengan risiko lain yang mungkin dihadapi seperti risiko krisis kewangan dan risiko perniagaan bankrap.

Speculation in the Islamic Capital Market: Setting the Shari’ah Parameters

Walaupun saya cenderung kepada pendapat ketiga iaitu harus, namun saya suka berkongsi satu artikel oleh International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) bertajuk Speculation in the Islamic Capital Market: Setting the Shari’ah Parameters.

Artikel tersebut mencadangkan lima garis panduan spekulasi menurut Syariah, iaitu:

  • The underlying contracts and arrangements of the speculative activity must fulfil all Shari’ah requirements. Contoh dalam jual beli saham, urus niaga dan transaksi mesti berlaku dengan sempurna, cukup semua rukun dan syarat serta bebas daripada elemen-elemen yang haram (seperti riba, judi dan penipuan).
  • The speculator does not intend a fictitious activity which leads to the non-realization of the contract’s legal effects. Contoh jika membeli saham tanpa ada pegangan terhadap saham tersebut.
  • The speculative activity must entail transfer of ownership from the seller to the buyer. Jika dalam jual beli saham, penjual mesti memiliki saham dan pembeli mesti mempunyai hak untuk mendapatkan saham tersebut.
  • The speculative activity should not lead to market instability. Aktiviti spekulatif tidak boleh sehingga mengganggu kestabilan pasaran.
  • The speculative activity shall be directed to the real economy that serves the Shari’ah objective of preserving wealth. Aktiviti spekulatif mestilah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Pendekatan Hibrid

Jika dalam pasaran saham, saya suka mengambil pendekatan melabur cara ‘long term’.

Beli saham bermaksud beli bisnes. Fahami saham yang ingin dibeli, perniagaan apa yang ia jalankan, kakitangan pengurusan, aliran kewangan dan sebagainya. Senang faham, guna pendekatan ‘fundamental analysis’.

Apabila sudah membuat keputusan untuk membeli mana-mana saham, saya dapati ‘technical analysis’ dapat membantu untuk mengenal pasti masa yang sesuai (entry points) untuk membeli.

Jadi, saya namakan ini sebagai: ‘Hybrid Analysis’.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *