Kempen – Upah?

“Sesiapa yang mencapai jualan unit amanah (unit trust) sebanyak RM2 juta setiap bulan akan menerima baucar membeli belah dan petrol, masing-masing bernilai RM3000 dan RM2000, beserta peluang melancong ke Indonesia.”

“Pemenang pakej pelancongan akan dipilih melalui undian. Lebih tinggi pencapaian, lebih tinggi peluang untuk diundi dan memenangi pakej pelancongan. “

“Kempen ini khusus untuk kakitangan di bahagian jualan. Matlamat kempen ini adalah untuk mencapai sasaran jualan unit amanah (unit trust) sebanyak RM500 juta.”

“Kempen bermula dari Januari 2019 sehingga Jun 2019.”

Kempen Ditarik Balik?

Di atas adalah contoh kempen yang dianjurkan.

Katakan pada Mei 2019, kempen ini ditarik balik kerana tidak mencapai sasaran RM500 juta. Kempen hanya mampu mencapai jualan terkumpul sebanyak RM50 juta. Jauh daripada jumlah yang disasarkan.

Terdapat mereka yang mencapai sasaran individu RM2 juta. Mereka diberi wang tunai berjumlah RM500 sebagai timbal balas.

Beberapa persoalan timbul.

Bolehkah kempen ini ditarik balik?

Bergantung kepada pihak penganjur. Sebaiknya perlu diambil kira kepentingan mereka yang menyertai juga.

Adakah mereka yang mencapai sasaran individu RM2 juta layak mendapat ganjaran seperti yang ditawarkan di awal kempen?

Mereka telah mencapai sasaran individu RM2 juta yang ditetapkan. Mereka layak untuk mendapat ganjaran yang ditawarkan.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *