Jika kesemua peserta membayar wang/yuran penyertaan dan bayaran itu dijadikan hadiah kepada pemenang, maka ia mengandungi unsur-unsur yang diharamkan iaitu perjudian (al-Maisir).

Bagaimana jika ada muhallil dalam pertandingan tersebut?

Muhallil dalam Pertandingan

Muhallil dalam pertandingan maksudnya peserta yang tidak membayar duit, tetapi mendapat hadiah yang sama sekiranya dia menang. Dia juga mesti seorang yang mempunyai peluang untuk menang.

“Sesiapa yang bertanding kuda di mana salah satu peserta tidak membayar, tidak dianggap sebagai pertaruhan dengan syarat peserta yang tidak membayar itu mampu untuk menandingi peserta lain. Sekiranya peserta dan kudanya lemah dan tidak mampu menandingi peserta lain, maka itu dianggap pertaruhan.”

Hadis riwayat Abu Daud (2579)

Pertandingan seperti ini adalah diharuskan.

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bilangan 5, tahun 2013 menggariskan kriteria yang mesti dipenuhi apabila menganjurkan pertandingan.

Perkara 24 (a) (i) menyebut:

Penganjur tidak boleh mengenakan apa-apa caj atau yuran kepada peserta sebagai bayaran pendaftaran untuk menyertai peraduan yang dianjurkan bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur perjudian dan pertaruhan.

Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Bilangan 5, Tahun 2013

Kesimpulan: elemen penting dalam terma & syarat adalah mesti jelas (transparent) dan adil.

Wallahua’lam.