Pada 25 Oktober 2018, Astro Awani melaporkan Syarikat telekomunikasi gergasi Apple dan Samsung didenda berjuta Euro oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan memaksa orang ramai membeli produk terbaharu mereka.
Kedua-dua syarikat itu dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka.Read More »‘Paksa’ Zaman Moden
Alhamdulillah, pada 31 Oktober 2018, saya berpeluang menghadiri Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali ke-14.
Banyak yang dibincangkan, antaranya:
Value Based Intermediation (VBI). Mudah faham, ia adalah usaha untuk berbuat baik kepada People, Planet & Profit. Lagi senang, ingat maqasid Syariah.
Dropship. Banyak isu dan case study. Kes pertama; pernah terjadi, pelanggan pesan telefon bimbit, dapat lesung batu! Begitu juga dengan isu ‘PM Tepi’ harga. Saya pernah kongsi di sini maklumat perniagaan yang mesti dipaparkan oleh peniaga online. Saya juga telah menulis mengenai isu ‘PM Tepi’ ini di majalah al-Ustaz no. 67. Ringkasnya, undang-undang tidak membenarkan demi kepentingan awam (maslahah).
Viral marketing & paid review, bolehkah dari sudut Syariah? Boleh, namun ada syarat-syaratnya.
Ketika melayari internet bagi mencari rumah yang sesuai untuk dibeli. Saya terjumpa satu unit pangsapuri. Murah, berdekatan dengan pengangkutan awam, sesuai untuk didiami dan mempunyai potensi untuk disewakan.