[Kemaskini pada 24 Oktober 2022]

Susulan daripada artikel Adakah Wang Pencen Dikira Sebagai Harta Pusaka?, saya diajukan soalan:

Bagaimana jika seorang balu meninggal dunia, dan selama dia hidup, dia telah menerima Pencen Terbitan selama beberapa tahun, sebagai contoh 10 tahun. Jika dia meninggal dunia, adakah wang tersebut tertakluk kepada faraid?

Jawapan: Ya, harta tersebut tertakluk kepada faraid, kerana harta tersebut adalah miliknya. Apabila dia meninggal dunia, harta itu perlu di‘faraid’kan kepada penerima yang layak.

Contoh yang lain, seorang suami meninggal dunia pada 1 Disember, manakala pencen terbitan diberikan kepada balu pada bulan berikutnya.

Dalam situasi ini, pencen terbitan itu bukan menjadi milik suami ketika dia meninggal dunia. Ia menjadi hak milik balu dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka suami. Ia boleh dikira sebagai sumbangan/hadiah daripada kerajaan kepada balu tersebut. Namun harta itu akan tertakluk kepada faraid jika balu meninggal dunia.

Wallahua’lam.