Artikel bertajuk Peringkat Keempat Pengharaman Riba ini merupakan artikel yang terakhir dalam siri pengharaman riba.
Sebelum ini, peringkat pertama, kedua dan ketiga pengharaman riba telah dikongsikan.
Secara ringkasnya, ketiga-tiga peringkat tersebut dapat dirumuskan sebagaimana dalam rajah di bawah:
Ulangkaji 3 Peringkat Pengharaman Riba
Peringkat Keempat Pengharaman Riba
Larangan riba pada peringkat keempat dan terakhir dinyatakan dalam bentuk yang kukuh dan tegas.
Bentuk Kukuh:
Dalam bentuk yang kukuh, ayat al-Quran menyatakan bahawa jual beli dan riba tidak sama. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 275:
Maksudnya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…
Bentuk Tegas:
Dalam surah yang sama, ayat 279, Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya:
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat)…
Mudah-mudahan Allah s.w.t. membimbing kita semua. Amin.
Foto: mio.co.za
1 Pingback