Aplikasi pindah liabiliti hutang atau hiwalah dalam perbankan boleh dilihat dalam dua (2) situasi berikut:

#1 Menjadi Penjamin (Guarantor)

Apabila pelanggan mendapatkan pembiayaan dari mana-mana bank Islam, mereka akan meminta kita mendapatkan penjamin. Penjamin akan menanggung liabiliti hutang apabila pelanggan gagal. Ini adalah pindah liabiliti hutang.

Kenapa bank buat hiwalah?

Jelas. Bank mahu mengelak risiko pelanggan gagal membayar liabiliti hutang (default in payment).

#2 Pembiayaan Semula dengan Bukan Bank yang Sama

Ini adalah satu bentuk lain pindah liabiliti hutang dalam perbankan.

Pelanggan mempunyai pembiayaan dengan bank A. Dia mahu memindah pembiayaan tersebut ke bank B. Dia melakukan ‘refinancing’ (pembiayaan semula).

Bank A telah tidak menanggung hutang pelanggan tersebut, sebaliknya bank B.

Dua contoh di atas adalah secara ringkas aplikasi pindah liabiliti hutang dalam perbankan.

Wallahua’lam.