Aku beli rumah dengan harga RM300k. Hasil tinjaun pasaran semasa, profil penduduk dan pelan pembangunan menyeluruh (master plan), dijangka dalam tempoh 10 tahun, harga berpotensi naik ke RM900k.

Adakah contoh di atas spekulasi?

Adakah sah dari sudut syarak?

Contoh lain, nampak seperti spekulasi:

Aku beli saham ini, kerana syarikat tersebut mendapat projek. Sudah pasti harga saham akan naik nanti.

Atau contoh yang lain. Ini juga spekulasi:

Keluarkan sedikit wang untuk masuk peraduan. Jika ada nasib, menang dan dapat lebih banyak wang.

Spekulasi berlaku hampir dalam setiap transaksi bisnes. Apabila melabur, kita mahukan pulangan. Kita menjangkakan harga aset akan naik daripada modal yang dilaburkan.

Ini adalah tabiat atau fitrah manusia, mahukan keuntungan.

Spekulasi dibenarkan, dengan syarat: tidak ada unsur perjudian, pertaruhan atau ‘uncertainty’.

Syarat Jual Beli

Syarat sah jual beli adalah bebas daripada riba, penipuan, perjudian dan perkara yang diharamkan oleh Syariah.

Antara syarat lain adalah bebas daripada melakukan perkara yang tidak sesuai dengan kaedah Syariah seperti menjanjikan pulangan dalam kontrak pelaburan (mudarabah – tidak boleh memberi jaminan kepada modal pelaburan).

Spekulasi dalam Pasaran Modal

Adakah wujud elemen spekulasi dalam pasaran modal, seperti dalam jual beli saham?

Spekulasi dalam konteks ini adalah yang dikaitkan dengan elemen perjudian.

Saya cuba ringkaskan daripada artikel bertajuk Speculation: The Islamic Perspective; A Study on Al-Maisir (Gambling). Mohon betulkan jika terdapat kesalahan.

#1 Harap & Tuah

Wujud elemen spekulasi jika membeli saham semata-mata berdasarkan harap & tuah. Tiada analisis kritikal bagaimana keputusan membeli atau menjual dibuat. Syariat Islam menolak berserah membuta tuli.

#2 Bertaruh

Bertaruh mungkin berlaku jika jual beli saham dibuat berdasarkan faktor-faktor seperti khabar angin atau pergerakan harga saham, tanpa merujuk kepada faktor yang lebih utama seperti latar belakang syarikat dan potensi bisnes.

Saya melihat ini seakan pertembungan (jika boleh saya katakan begitu) antara ‘technical’ dan ‘fundamental’. Jika begitu, mungkin pendekatan hibrid adalah jalan penyelesaian.

#3 Mengambil Kesempatan

Contoh apabila pelabur profesional mengambil kesempatan atas kelemahan pemain yang masih mentah dalam dunia pelaburan saham. Lebih-lebih lagi apabila mereka (pelabur profesional) mendapat info mendalam mengenai mana-mana saham ‘berpotensi naik’.

Speculation in the Islamic Capital Market: Setting the Shari’ah Parameters

Saya telah menulis dalam artikel yang lepas mengenai parameter spekulasi menurut Syariah. Parameter itu dipetik dari artikel oleh International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) bertajuk Speculation in the Islamic Capital Market: Setting the Shari’ah Parameters.

Artikel tersebut mencadangkan lima garis panduan spekulasi menurut Syariah, iaitu:

  1. The underlying contracts and arrangements of the speculative activity must fulfil all Shari’ah requirements. Contoh dalam jual beli saham, urus niaga dan transaksi mesti berlaku dengan sempurna, cukup semua rukun dan syarat serta bebas daripada elemen-elemen yang haram (seperti riba, judi dan penipuan).
  2. The speculator does not intend a fictitious activity which leads to the non-realization of the contract’s legal effects. Contoh jika membeli saham tanpa ada pegangan terhadap saham tersebut.
  3. The speculative activity must entail transfer of ownership from the seller to the buyer. Jika dalam jual beli saham, penjual mesti memiliki saham dan pembeli mesti mempunyai hak untuk mendapatkan saham tersebut.
  4. The speculative activity should not lead to market instability. Aktiviti spekulatif tidak boleh sehingga mengganggu kestabilan pasaran.
  5. The speculative activity shall be directed to the real economy that serves the Shari’ah objective of preserving wealth. Aktiviti spekulatif mestilah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Wallahua’lam.