Antara Rasuah dan Hadiah

Antara Rasuah dan Hadiah

Sedikit sedutan daripada artikel saya di majalah al-Ustaz volume 03 no. 30 bertajuk Antara Rasuah dan Hadiah: Rasuah dan hadiah berbeza. Orang yang memberi rasuah mengharapkan ‘sesuatu’. Sementara orang yang memberi hadiah dengan ikhlas pula tidak mengharapkan apa-apa balasan. Soal ikhlas berkait rapat dengan hati. Justeru, si pemberi tahu apakah dia ikhlas ataupun tidak. Sungguhpun begitu, kita digalakkan untuk saling memberi hadiah di antara satu sama lain.