Fiqah Muamalat

Inilah Bentuk ‘Time Value of Money’ yang Diiktiraf

Ahmad hendak beli kereta, contohnya harga RM40k. Ahmad tidak mempunyai tunai RM40k.

Jadi apa yang Ahmad buat, dia minta abang dia belikan, menggunakan duit dia. Kemudian abang Ahmad jual kepada Ahmad dengan harga RM50k. Ahmad bayar secara ansuran contohnya sebulan RM1k sehingga selesai.

Adakah konsep jual beli seperti ini dalam Islam (fiqah muamalat)?

Read More »Inilah Bentuk ‘Time Value of Money’ yang Diiktiraf

Bayar Kad Keahlian, Dapat Diskaun

Seperti biasa apabila ingin melakukan pembayaran di mana-mana kedai, juruwang (cashier) dilatih untuk berkata: “ada membership card?”

Saya menjawab: “tak ada.”

Jurujual bertanya lagi: “tak mahu apply membership card? Ada diskaun bila beli.”

Saya bertanya: “yuran keahlian tahunan atau sekali bayar sahaja, atau percuma?”

Jarang mendapat kad keahlian yang percuma. Jawapan yang biasa saya terima adalah ada yuran keahlian, sama ada tahunan atau bayaran semasa memohon sahaja.

Read More »Bayar Kad Keahlian, Dapat Diskaun

Bolehkah Banduan Bekerja dan Memperoleh Pendapatan?

Getty Images

Islam menetapkan bekerja dan memperoleh pendapatan sebagai salah satu prinsip asas bagi menyara kehidupan yang selesa untuk keluarga. Prinsip ini turut terpakai untuk banduan. Ini bertujuan menyediakan sokongan kewangan bagi mereka, khususnya apabila mereka dibebaskan kelak.

Dari sudut perundangan, Peraturan-peraturan Penjara 2000 menggariskan peruntukan tertentu untuk menjamin hak banduan. Hak tersebut termasuklah memperoleh jaminan kelangsungan kehidupan, mengamalkan agama, memperoleh pendidikan, mengekalkan hubungan dengan keluarga dan bekerja & memperoleh pendapatan.Read More »Bolehkah Banduan Bekerja dan Memperoleh Pendapatan?