Ihya Ramadan

Bergelumang dalam Harta Yang Tidak Halal – Artikel Khas Ramadan

Bulan Ramadan

Antara kesilapan yang biasa dilakukan adalah memasuki dan melepasi bulan Ramadan dalam keadaan harta masih terlibat dengan perkara yang tidak halal.

Kita masuk bulan Ramadan dengan harta yang tidak bersih seperti menyimpan barangan curi, mengekalkan harta hasil riba atau rasuah dan tidak mengeluarkan zakat pendapatan dan harta serta tidak pula berazam untuk menyucikannya.

Bulan Ramadan adalah bulan mulia, bulan di mana Allah melimpahkan rahmat, seluas-luasnya. Pada bulan ini, kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa.

Apa yang paling penting ketika berdoa adalah iman iaitu kepercayaan kita kepada Allah yang maha mendengar. Selain itu, apa yang kita makan atau minum juga memberi kesan.Read More »Bergelumang dalam Harta Yang Tidak Halal – Artikel Khas Ramadan