Adab Wanita Bekerjaya
Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Lelaki, kerjanya di luar. Sementara bagi perempuan, berada di rumah sesuai dengan fitrahnya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.” (Surah Al-Ahzab 33:33)
Tugas wanita yang mulia adalah membentuk generasi masa hadapan, iaitu mendidik. Mendidik boleh melalui mengajar, menyampaikan ucapan atau menulis. Wanita juga boleh memilih untuk menceburi bidang lain jika wujud keperluan; sama ada dia perlu kepada pekerjaan tersebut atau pekerjaan tersebut memerlukan khidmat dan kepakarannya.Read More »Adab Wanita Bekerjaya