Dalam hidup, ujian boleh datang dalam pelbagai cara. Selain ujian berbentuk musibah, ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan. Ia boleh dilihat dari beberapa sudut:
- Sumber kekayaan yang diperolehi. Di sini Allah menguji hambaNya, sama ada dalam mengejar sedikit habuan duniawi, adakah mereka sanggup untuk mengenepikan syariat yang telah Allah tetapkan.
- Bagaimana nikmat kekayaan disyukuri. Adakah harta kekayaan yang diperolehi digunakan ke arah kebajikan atau sebaliknya.
- Menjadi hamba kepada harta. Contohnya jiwa terasa sangat berat apabila hendak mengeluarkan zakat, mengerjakan haji atau berinfaq di jalan Allah.
- Salah sangka bahawa nikmat harta di dunia adalah berkekalan. Walhal, nikmat syurga adalah yang kekal abadi.
Wallahua’lam.
Leave a Reply