Apabila akaun tidak mempunyai transaksi (tidak termasuk caj yang dikenakan atau untung yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan, maka akaun itu dormant, iaitu tidak aktif.
Ambil contoh akaun simpanan. Apabila akaun berkenaan tidak mempunyai transaksi untuk tempoh berterusan selama 12 bulan, akaun simpanan itu menjadi dormant.
Apabila akaun masih dormant untuk tempoh 7 tahun, akaun tersebut akan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Pindaan 2002), baki akaun akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.
Apakah Tanggungjawab Pelanggan?
Cakna wang anda.
Pelanggan perlu memastikan akaun mereka aktif, kerana wang itu adalah wang mereka.
Cara paling mudah adalah dengan melakukan transaksi sama ada mengeluarkan atau memasukkan (deposit) wang, walaupun dalam jumlah yang kecil.
Apakah Pula Tanggungjawab Bank?
Bank sebagai pemegang amanah (al-amin) pelabur (mudarib) atau wakil untuk melabur bertanggungjawab mengurus wang pelanggan mengikut terma & syarat yang dipersetujui bersama.
Bank akan mengikut prosedur seperti digariskan oleh Akta Wang Tak Dituntut 1965 apabila wang pelanggan menjadi dormant.
Ada baiknya jika bank mengambil sedikit initiatif (selain daripada menghantar notis) untuk berhubung dengan pelanggan supaya mereka dapat mengaktifkan akaun. Cari sehingga jumpa. Lebih-lebih lagi jika akaun berkenaan mempunyai jumlah yang BESAR dan berkaitan dengan kepentingan ramai seperti akaun masjid, tabung dan pendidikan.
Letakkan langkah ini di bawah Value-Based Intermediation (VBI) initiatif.
10 September 2019 at 4:27 pm
Mohon pendapat tuan.
Sy bertugas membantu yayasan mesjid YPMM berkaitan hal hal pentadbiran. Akaun YPMM di bank Islam telah diklasifikasikan sbg dorman sbb SU kami meninggal. Sehingga sekarang, walopun slps perlantikan Su baharu, kami gagal mengubah penandatangan hanya disebabkan tidak mendapat kerjasama waris utk mendapatkan pengesahan kematian. Baru baru ini ada cek telah dikreditkan keakaun, dan telah jelas masok ke akaun semasa YPMM. Malangnya walopun dgn 2 penandatangan yg asal kami masih gagal mengeluarkan baki wang yg ada didalam akaun dgn alasan pihak bank, akaun ini sudah dorman, pengaktifan perlu dibuat dahulu, tetapi melibatkan 3 orang yg asal. Sehingga kini kami masih buntu. Pihak bank tidak memberikan jalan alternatif selain mengejar waris si mati. Mohon tuan berikan pendapat, semoga dgn itu, kami bertemu jalan penyelesaian.
14 December 2019 at 7:04 am
Mungkin puan boleh berjumpa dengan pihak bank untuk bincang jalan alternatif.
28 November 2020 at 12:51 pm
Saya nak tanya ne..buku bank muamalat saya baru saja di jumpa..sudah lama saya cari ne baru jumpa buku bank muamalat…adakah buku bank muamalat masa sekarang ne aktif ataupun tidak aktif lagi…sudah lama 7 tahun dah buku tu dari saya sekolah lagi buku bank muamalat Malaysia berhad tu ada..
6 December 2020 at 7:43 am
Banyak bank tak pakai buku sekarang. Kalau masih ada akaun, simpan. Bank akan minta kalau nak tutup akaun nanti. Boleh pergi/call bank untuk maklumat lanjut.
1 October 2021 at 10:47 am
saya telah membuka akaun bank syrikat di public bank berdekatan pada bulan 8 . tetapi selamaa lebih 12 bulan tidak membuat sebarang t transaksi dan menerima sebarang transaksi . adalaka akaun saya menjadi dormant kerna sekarang saya cuba buka mngunakan online banking tidak boleh loginnn . mohon pencerahann?
16 October 2021 at 8:21 pm
Mungkin telah jadi dormant. Sila berurusan dengan bank berkenaan untuk pengesahan dan tindakan lanjut.
7 November 2022 at 3:47 pm
Anak saya mempunyai akaun bersama dengan ayahnya. Baru2 ini ayahnya telah meninggal dunia dan kebetulan akaun anak telah tidak aktif selama setahun. Apa yg perlu sy lakukan?
14 January 2023 at 4:07 pm
Puan boleh berurusan dengan bank masing2 untuk urusan lanjut.
20 March 2023 at 9:32 pm
Akaun muamalat suami sye tidak boleh digunakan…duit gaji tidak boleh di keluarkan..ape tindakan yg perlu dilakukan.adakah duit gaji tersebut masih ada dalam akaun.
6 April 2023 at 9:51 pm
Boleh berurusan dengan bank untuk urusan lanjut.